Friday, January 13, 2017

BAYVIEW BEACH RESORT PULAU PINANG

19 Disember 2016 , kami pi Penang pulak.. Penang lagi.. anak -anak aku nak sangat ke Entopia, nak tengok rama-rama katanya. Time ni , aku baru 1 minggu keluar dari wad, selepas menjalani pembedahan membuang hempedu. Nanti aku post tentang pengalaman aku menjalani pembedahan dan pengalaman pertama aku nak menggunakan Medical Card ( pjg ceritanya ).

Dipendekkan cerita, kami pilih Bayview sebagai tenpat nak melepak. Seperti biasa, aku book bilik ni melalui Agoda. Pilihan aku adalah jenis Family Room. 

Ringkasan tentang Bayview :

Bersih, bilik keluarga yang amat luas.. semua kemudahan ada, dan lagi best kolam mandi yg luas dan ada 3 kategori kolam utk kekanak, kolam utk dewasa dan play pool. Ini adalah penyebab utama aku pilih Bayview. Anak -anak aku dah cakap..diorang nak berendam ja. Lepas ke Entopia.. tak nak kemana dah.. cuma nak main dlm kolam. Lagipun dah banyak tempat kat Penang yang kami dah jelajah. Dalam keadaan aku yg masih sakit , kesan pembedahan, jadi Bayview memang pilihan yg tepat. Aku boleh berehat dan diorang boleh berseronok kat kolam mandi atau di pantai.


Chek in jam 3.00 ptg. kami sampai lebih kurang jam 3.05 ptg. Tak ramai yg nak chek in.. jadi amat mudah sesangat. Aku sampai kat kaunter, serahkan booking yg telah dibuat melalui agoda.. isi borang sikit utk kenderaan , terus dapat kunci. semudah ABC. Tetapi, tiada welcome drink.

Inilah kaunter pendaftaran,luas dan selesa.
Tetapi masa aku nak check out jam 12.00 tgh hari keesokannya , mak ai,, punyala ramai yang beratur. Anak aku siap bilang.. " kat hadapan ibu ada 20 orang lagi.. dan di belakang ibu ada 10 org " hahaha.. Firas dah bagitau semua org yg beratur di situ..sora bukan main kuat lagi. Tetapi takla lama sangat nak menunggu, 3 kaunter di buka. Kejap ja dah sampai giliran aku. Jadi proses check in dan chek out amat mudah dan pantas.

Bilik lebih kurang macam Huruf L yang GEMUK .. kekeke.. Ini bahagian utk anak-anak.. 2 katil Single. Bilik ni ada 2 Balkoni. Yg bertirai tu..adalah sliding door ke balkoni. Kalau ada anak kecik..pastikan sliding door tu berkunci elok ya.

Ini utk ibu dan abah. Katil yang besarr. Jadi kalau korang ada 4 orang anak .. bilik ni still pilihan yang terbaik. Memang luas..

kali ni.. aku tak berminat pun nak berendam..samada dlm kolam atau dalam bath tub ni.. sebab luka pembedahan aku masih merahhh.. 3 lubang di tebuk di perut.. guna kaedah laparoskopik.

Toiletris biasa sahaja. 


Kemudahan lain, iron dan iron board, safety box, sejadah.


Ermmm .. yg ni aku tak puas hati. Sikit sangat. Semasa aku lepak di Holiday Inn, teh, kopi, milo amatt banyak. Puas hati tahap senyum dalam mug. Kali ni..alahai... sedihnya makcik tengok. Jadi ptg tu ..kami borong pelbagai lagi minuman sachet.

Ini adalah aktiviti sebenar yang di tunggu -tunggu. Kat sini kalau nak mandi, korang takleh pakai T-shirt biasa key. kalau tak.. pasti ada yg akan menegur korang untuk keluar dari kolam, atau tanggalkan saja baju tersebut... 

Ini Play pool . 

Ni kolam yg paling cetek.. sesuai utk kekanak kecil.

Lepas puas berendam dalam kolam.. berendam dalam laut pulak. Tapi diorang tak berendam sangat pun kat sini.. katanya takut obor-obor. aku jadi pemerhaku kejap ja.. pastu.. masuk lepak lam bilik..sambil layan cerita korea.. Wifi free kan.. yg penting..laju pulak tu.. puas hati aku.

Ni di bahagain belakang hotel. Sejuk mata memandang.


Dewan makan terbuka. Luas dan selesa.

Ini pula pemandangan dari bilik aku di tingkat 7. Pemandangan rumah-rumah mewah yang sangat comel. Entah berapa puluh kali aku merenung rumah-rumah di sini. Bila malam, rumah-rumah ni kelihatan semakin comel dilimpahi cahaya kekuningan lampu.

Bayview pada waktu malam.. cantik. sebelah siang nampak cam tak berseri pun.
Alhamdulillah.. penghujung tahun 2016 yang mengembirakan walaupun ada sedikit ujian yang Allah berikan utk aku, namun segalanya tetap ku syukuri.

Thursday, December 29, 2016

8 DISEMBER 2016

6 serangkai dapat juga berkumpul. Kali ni sahabat yang jauh pula menjadi tok ketua merancang agenda pertemuan. Selepas puas berwasup bertukar tarikh , akhirnya kami dapat juga berkumpul bersama. Tempat kejadian masih lagi Blackwood Kangar, pada hari khamis , jam 1.00 tgh hari.

Bila berjumpa sahabat karib lama, tetiba terasa jiwa kembali  muda remaja. Tiada apa yang perlu diselindungkan dan semua perkara bebas untuk dibincangkan. Atas dasar saling percaya, maka setiap perbualan langsung tiada tapisan.. huhuhu.. jadi.. kami semua memang enjoi. Buat Has dan Zu yang sanggup datang dari Penang & Sungai Petani, semata - mata untuk pertemuan ini, terima kasih. Buat kami yang dekat ni.. tahniah sebab sedia mengorbankan cuti tahunan untuk bersama sahabat dunia dan akhirat, Insyaallah..

Tempat wajib berposing

Semua muka kenyang ni. Lipstik pun dah habih hilang dah..

Cameraman mempunyai masalah lengan bergetar.. kekeke...

Sebelum balik.. sempat lagi.. tengah panas lit lit ni.. 
sapa la punya idea nak bergambaq tang ni ? 
35 Years old.. Syukur semua sihat dan gembira. 

Selepas puas menjamu selera, bergosip hal dunia , menjadi pakar ekonomi dan pakar cuaca seketika, semua sepakat, nak serbu rumah Ana pulak. Jadi, Ana walaupun tak rela.. tetap kami  nak serbu juga.. kekeke.. 
 Selepas habis berposing bagai anak dara lupa diri, aku dapat wsup dari anak aku , mengatakan adik aku si hamid eksiden la pulak. Terkejut sat, jadi terus aku cansel  planing nak ke rumah Ana. Ejon dengan rela hati sudi menghantar aku balik ke rumah . Diorang ja meneruskan misi meredah rumah Ana. Lepastu.. misi diorang tak habis lagi .. serbu rumah mak Ejon pulak. Ni dah macam YB turun menjenguk kawasan la pulak. Boleh pulak emak Ejon salah orang.. mengatakan Zu itu adalah aku..  ala makcik.. kita baru ja jumpa.. camna boleh salah orang lagi ni.. ? Itu belum lagi pergi jenguk emak Has dan Emak Ana , aku rasa.. compom diorang akan buat proses pengecaman agak lama.

Aku sampai kat umah mak , dah nampak adik aku jalan terhencot -hencot, dengan seluar koyak di punggung ( rupanya, dia langsung tak sedar seluar dia koyak .. kekeke..)  Dah nampak dia macam tu.. ok..gabra aku dah hilang. Banyak juga luka -luka kecil, tapi dia ok. Alhamdulillah.. cuma pakcik yang dilanggarnya sahaja dimasukkan ke wad. Adik aku cakap, pakcik tu melintas tetiba, jadi dia memang tak sempat nak break.

Tarikh 8 Disember 2016 tersemat indah di hati aku. Kami merancang akan mengadakan lagi pertemuan macam ni, tetapi akan menjemput rakan-rakan lain yang berkelapangan, Insyaallah.
Semoga terjadi apa yang kita rancangkan.

Wednesday, December 7, 2016

BESDAY BOY - 3 Serangkai...

05 Nov 2016, misi untuk sambutan hari lahir 3 generasi berjaya juga. Last sambut bersama macam ni tahun 2011 dulu nun. Yang dirai ayah aku  06 NOV , anak aku Firas 10 NOV  dan adik aku 14 NOV . Jadi.. untuk memudahkan urusan, majlis dibuat pada hari sabtu 5 NOV 2016.Majlis berjalan di rumah aku , selepas asar. Masa ni juga adik aku yg no 3 balik bercuti, maka cukupla ahli keluarga kami. Sambutan hanya kami anak beranak dan family mertua aku. Makanan pun simple, kami beli KFC , Kek , Mihun goreng , dan makanan ringan lain. Apapun, majlis meriah bila ada budak - budak dan ibu bapa saudara budak yang masih berperangai macam budak budak ( ops... jgn maree ye ibu dan bapa saudara budak .. kekeke..). 



Ni orang kuat majlis.. proses persediaan..


 Yang di raikan.  Semoga semua Panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang terbaik. 3 Generasi  . Tok Wan , bapa saudara dan anak saudara.


 Si kecik Danial, susahnya dia nak duk dendiam.. nak ambil gambar pun punya la seksa . teramatla sibuk dengan pelbagai urusan yang dia nak buat. Layan ja abang Firas taburkan kepingan kertas warna kepadanya. 


Untuk dapatkan gambar keluarga macam ni... pergh...betul-betul mencabar keimanan.
inilah gambar paling lawa yang boleh kami dapat. Puncanya.. Si Danial yang sentiasa bergerak aktif. tetapi..itulah menambah keriangan dan kekecohan majlis kami. Saat indah yang tak mungkin berulang.


Tok dan Wan bersama 3 cucu . Ketiga - tiganya hero, entahla bila nak muncul cucu puteri . Takpa.. adik aku lagi 3 orang tak kawen lagi.. hahahah... 
Semoga keluarga kita terus kekal bahagia dan bersatu hati demi kebahagiaan emak dan ayah. Key adik-adik.. tahun depan 2017 kita serbu rumah baru Pakngah Wi & Ngah Nida pula... 
Alhamdulillah..

Monday, November 28, 2016

DENAI LARIAN, PANGKALAN ASAM KANGAR PERLIS_ SAMBUTAN HARI KELUARGA 2016

Sekali lagi, untuk tahun 2016, kami telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Keluarga JPPH Perlis. Atas kerjasama AJK dan semua staf, majlis dapat di jalankan dengan penuh meriah. Majlis dijalankan pada 28 -29 Oktober 2016. Pada 28hb, sebelah malam, kami adakan acara BBQ. Memang puas makan , dan dapat bermah mesra sesama ahli keluarga staf. Bagi memeriahkan lagi majlis pada malam tu, kami turut adakan majlis sambutan hari lahir staff dan acara menukar hadiah sesama staf.. hoyey... dapat hadiah ..
 Keesokan harinya 29 /10/ 2016 sekali lagi kami berkumpul. Bersarapan bersama -sama dan diteruskan dengan acara sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa.  Bab sukaneka , memang meriah sungguh. Maklumla.. bila si ibu bapa bermain acara zaman memuda dulu.. kepoh la jadinya.
Jadi jom layan gambar..aku tak pandai nak cerita kalau tak da gambar.. sebab dulu zaman sekolah..cikgu selalu suruh buat karangan berdasarkan gambar.. jadi inilah hasilnya.. hahhahaha...



Suasana tenang dan udara yang segar di pagi hari.. 

 Jom test sapa gayat..titi gantung ni..memang bergoyang.. kalau yg pesen gayat tu..mau merangkak kat atas tu ( sebab sahabat aku dah buktikan..dia terpaksa jalan itik untuk melintasi titi ni...  kekekeke...  )



Semua staf memang best.. slumber jer nak gelakkan orang lain . Last-last diri sendiri pula di gelakkan org lain . Para peserta untuk acara Bowling Kelapa. Satu lagi acara dewasa, Pancing Botol. Berpeluh nak control mata pancing bila angin kuat bertiup.

Ni gerai yang paling laku.. memula anak-anak jer beratur..lepastu..mak dan bapak pula ambik peluang. Makan sampai kebas gigi.. sebab free..

Badut yang cukup best. Anak- anak sampai tinggalkan mak bapak..sebab nak tengok badut ni buat persembahan. Jadi..dapatla mak dan bapa berjuang di medan sukaneka. Si badut ni sorang dah berjaya mengambil alih menjaga kekanak lebih kurang seramai 30 orang. Memang hebatla.. 


Aku... masih tetap setia dipilih sebagai AJK hadiah. Tahun ni kami buat cabutan bertuah , dan hadiah berasaskan barangan elektrik. 
Firas dan Danish pun berjaya bawa balik hadiah, aku dan suami pun menang juga acara yang kami masuk. Jadi memang berbaloi aku pi cari hadiah dan fikir bab hadiah- hadiah ni. Untuk cabutan bertuah, aku cuma dapat kipas, okla.. tapi target masa beli hadiah tu..aku nak periuk serbaguna ataupun thermo pot ... huhu..bukan rezeki.
 Akhir kata ...alhamdulillah..syukur..dan terima kasih untuk semua staf JPPH Perlis yang memang best-best belaka. Kita fikir untuk tahun hadapan pula... 



Friday, October 7, 2016

FIRAS DIJANGKITI HFMD _ JANGKITAN TANGAN , KAKI DAN MULUT _

Alhamdulillah, syukur, Allah masih panjangkan umur ini dan syukur juga anak aku yang sulung telah selesai menjalani peperiksaan UPSR , 5 September - 8 September 2016.
Jadi... HOREEEYYYY !!!!! .. ibu dah merdeka... hahaha..dah hilang stress.. padahal anak aku yang nak exam relaks jer... hish..akhirnya dapat juga aku merasa debaran anak nak ambik exam.. UPSR jer pun...kekekeke. Doa aku semoga segala pengorbanan guru-gurunya mengajar dan kesabaran anak aku menghadapi setiap kelas yang disediakan, serta menghadap karenah aku yang selalu buat study group dengan dia ( aku study dgn anak aku...sebab kalau dia sengsorang yg study.. 10 minit jer ..pastu..otak dia dah ke laut ) akan diberi ganjaran oleh yang Maha Esa.
Ok, dah habis pengenalan, jadi kita masuk ke isi penting pula.. Jangkitan HFMD .

Aku tak sangka dan tak pernah fikir Firas boleh kena Jangkitan ni. Puncanya pun aku tak pasti dari mana, mungkin terkena semasa kami keluar atau mungkin di PRA Sekolahnya.

Simptom pertama yang Firas Hadapi adalah demam 'on' dan 'Off ' dan suhu badanya pula tidak terlalu tinggi.. aku hanya berikan PCM jer. 28 sep 2016 tarikh dia mula demam, 29 sep 2016 malam, aku dah mula perasan , ada bintik yang naik seperti ruam, tetapi dalam saiz yang besar dan tidak sekata di bahagian kaki, lutut dan tangan. Jadi aku ingatkan dia terkena demam campak. Keesokan harinya , Firas cakap serawan naik banyak biji dalam mulut dia. Aku dah rasa pelik, kenapa banyak sangat yg naik. Dahtu..bintik ruam tu hanya ada di tangan hingga ke siku, dan dari kaki hingga ke lutut. Anehnya campak ni.. pandai pula naik sehingga paras tertentu ja..
Pagi Jumaat ,30 september, aku bawa firas ke klinik.. dan sahla..memang HFMD.. masa doktor cek, baru perasan, banyak sangat ulser tu dalam mulut dia.. Kasihannya anak ibu.. jadi susahla nak makan dan minum. Nak telan air liur pun dah susah..dah kena sediakan tuala khas utk Firas lapkan air liurnya.

Doktor cakap, jangan benarkan Firas ke sekolah.. dapat MC 4 hari, dan akan di tambah jika perlu. Jadi, doktor cakap lagi, hati-hati sebab Firas berisiko untuk menjangkiti kanak-kanak lain. Orang dewasa pun boleh kena, dan kesannya mungkin lebih teruk. Jadi... Firas kena kuarantin..kita lepak umah ja. 
 HFMD ni takderrr ubat. Jadi.. doktor hanya bagi ubat demam , krim untuk sapuan dan ubat ulser..bila sapu di ulser, akan rasa macam kebas sikit, maka dapatla Firas bertahan daripada kesakitan. Aku kalau jadi ulser dalam mulut sebijik pun dah tergagap masa nak makan... inikan pula banyak...  berbelas biji.. di gusi, lidah, bawah lidah, di pipi.. dan bermacam-macam saiz yg ada. Doktor nasihatkan aku jangan gunakan sabun antiseptik semasa bintik-bintik tu masih ada, tetapi boleh gunakan sabun baby, sebaikknya..jangan guna sebarang sabun lagi. First time juga aku kena isi borang untuk pengistiharan penyakit berjangkit.

Kesan jangkitan setiap individu juga berbeza. Doktor minta kami pantau keadaan Firas, kalau dia kelihatan lemah dan demam yang semakin teruk, terus bawa ke hospital saja. Alhamdulillah..Firas mampu bertahan. Apa yang kami buat untuk membantu mempercepatkan jangkitan ni sembuh mudah saja. 
Balik dari klinik, suami aku terus ambilkan air kelapa muda, bagi Firas minum setiap hari dan berulang kali dlm masa sehari , kami berikan madu untuknya dan suami aku belikan aiskrim vanilla bagi dia makan . Entahla sama ada benda ni benar-benar membantu ataupun tidak, tetapi pada hari isnin iaitu 3hari kemdian, dah nampak perbezaan. Tiada lagi bintik baru yang muncul dan yang sedia ada dah mula kecut. Ada yang pecah..dan ada yang kecut macam tu saja.

 Gambar ni aku ambil masa hari ketiga dia demam, iaitu pada hari Jumaat selepas di sahkan sebagai HMFD.

 Di kaki . Firas cakap, bintik yang besar tu agak menyakitkan.

 Ni di tapak tangan.. di celah-celah jari pun banyak.

 Kesan lain yang firas rasa, ialah letih dan leguh-lenguh badan. 

Harini 07 Oktober 2016, semua bintik yang muncul di kaki dan tangan memang dah hilang. Cuma parut yang bersaiz besar tu masih ada .Di dalam mulut ada lagi ulser lama..tetapi dah tidak menyakitkan. Firas dah boleh makan seperti biasa dan bercakap pun dah ok. Kalau tak ..dia bercakap seolah-olah ada benda di dalam mulut. Sakit kalau buka mulut luas-luas.

Syukurlah, kesan pada Firas tidak terlalu teruk. ada sesetengah kanak-kanak ulser di dalam mulut tu amat banyak sehingga penuh di bibir.
Jadi ibu bapa kalau dah sah anak kena penyakit ni, janganla di bawa ke tempat yang berisiko untuk menjangkiti orang lain. Kasihan kalau kena anak-anak kecil .
Firas dah janji..lepasni kalau nak makan, dia akan sabun tangan sampai cuci.. dia kata dah taknak kena sakit macam ni lagi.. Kesian anak ibu.
Ok ..sekian untuk kali ni.. Panjang juga laporan aku. Semoga kita semua terlindung dari penyakit merbahaya dan diberi kesihatan yang terbaik oleh Allah yang maha Esa.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...