Tuesday, September 8, 2015

WANG KELIAN PERLIS 2015

Assalamualaikum.. Jom kita pi melawat Wang Kelian selepas kisah yang menggemparkan Malaysia, penemuan kubur besar yang benar-benar membuatkan semua makcik-makcik dan pakcik-pakcik terkejut besar.
Kali ni aku ke Wang Kelian dengan hajat hati yang amat besar. Aku nak cari dapur gas dan pemanggang elektrik. Dapur kat rumah aku tu banyak lubang gas yang dah tersumbat, jadi habis punggung periuk aku  hitam legam dan proses memasak juga menjadi semakin panjang. 


Kami ke sini pada 31 Ogos 2015, jadi tak banyak kedai yg buka. Kalau mengikut kata Auntie yg berniaga kat sini, pada hari sabtu dan ahad suasana masih meriah seperti dahulu. Cumanya orang Malaysia tak boleh la nak ke seberang sana macam selalu setiap hari ahad... Kalu ada border pas, boleh la gi shoping kat seberang sana.
Cun oo periuk warna warni kat belakang tu.. tapi..aku dah ada..beli bebanyak bukan aku guna pun..

Tengok..lenggangkan.? tapi seronok gak shoping org tak ramai cam ni. 
Aman ja...



Kasi ' kona patah ' key.. kekekke...jgn laju-laju.. semua selekoh tajam..
tapi jalan luas..jangan risau...

Inilah 2 benda yg aku nak angkut sangat tu. Dapur Gas tu jenama VTEC made in Japan, aku dapat pada harga RM 120.00 murah kan..? Pemanggang elektrik tu pula aku dapat pada harga RM 160.00 . Dah ushar kat tenet..sekali caj pos..harga lebih kurang sama ja. 
Jadi.. aku balik dengan senyumanla pada 31 Ogos tersebut.

Ini pula..bahan wajib aku beli. Aku dapat 5 biji RM 10.00. 
Kalau kat padang besar pun 4 biji RM 10.00
weiweiwei..sukanya hati makcik...


Bunga dinding ni...ermm..takda dalam senarai pun..tetiba bila nampak..rasa kena beli.
Ewah...nasib cik suami setuju bila aku bagi isyarat nak benda pink ni. Tokey kedai tu jual kat aku cuma RM 23.00 hinggit. Jadi..biji mata aku terkebil-kebil memikirkannya.. murah...kata hati aku
 ( banyak sungguh berkata-kata dalam hati)
kekekeke.. so selamat la sambutan pada 31 Ogos. Anak-anak aku..angkut makanan 3 paket RM 10.00 hinggit tu. memacam diorang angkut. Si adik plak. balik dah jadi mat tiarap..senapang baru.

2 comments:

Zura said...

Nak ke wang kelian xperlu passport kan?

mela said...

Zura, kalau zura hanya nak shoping di bahagian sebelah malaysia, tak perlukan pasport atau border pass. Tetapi kalau zura nak menyeberangi ke sebelah Wang Kelian Thailand, Zura perlukan Border Pass. Zura ke sana hari Ahad key..ada pasar ahad dan barangan pun lebih banyak baru best. Lepastu naik awal pagi..untuk elakkan suasana panas.

Nufnang