Monday, September 29, 2014

TELUK BATIK LUMUT PERAK

Destinasi seterusnya.. Teluk Batik Perak.. iyala.dah samapai dekat sangat..takanlah aku tak gi menjenguk ke Pantai Teluk Batik kan. Firas dah beria beli mainan untuk korek pasir dan nak jadi arkitek bina istana pasir. Maka..lebih kurang jam 10.30 pagi camtu..kami dah chek out dari Marina Cove.. kan aku pun dah cakap ..tak terasa nak berlama-lama kat bilik hotel tu.Jadi dengan senang hatinya kami mengangkat beg masuk kat dalam kereta. Jadual pagi tu..memula sekali lepak kat Pantai teluk Batik, singgah Pekan Lumut, dan bergerak ke Taiping.

Sampai Pantai.. mak aii..ramainya manusia... ada geng pengakap berkhemah kat situ..di tambah lagi dengan pengunjung bersempena cuti sekolah ..aku tak jadi nak bina istana pasir ngn Firas. Apa yang kami boleh buat..lepak kat kerusi batu tu kejap sambil makan aiskrim Abang Salleh ( Firas bagi nama ..ikut cita Upin Ipin ). Bergambar berlatar belakangkan lautan manusia dan shoping.. last..last ..pukul 12.00 baru gerak dari Pantai .

Binaan di Pantai Teluk Batik yg menarik perhatian aku

Haa..ni baru sikit..masa kami nak bertolak balik.. bilangan pengunjung semakin bertambah

Aktiviti sukan air juga disediakan.. Banyak jenis aku tengok.. nak naik pisang gergasi boleh, nak terbang atas air sambil tidur, sambil duduk , sambil meniarap..semua ada..
sedia duit ja..

Yang korang Nampak tu.. aktiviti melawat kawasan laut.. naik bot..ronda-ronda tengok kawasan sekeliling..inspection la kan...
Kerusi kayu tu..boleh disewa..tak silap RM 2.00 untuk tempoh berapa lama aku tak pasti..sebab kami duduk kat kerusi percuma ja.. kerusi batu..keras dan sejuk.

Ini pula kawasan Jualannya.Memang banyak..harga..pandai-pandai tawar la.


Firas sedang oder pelampung.. akhirnya dia Berjaya mendapatkan pelampung jenis safety jacket tu..RM 10.00 hingit. Jadi berbanggalah dia pada hari itu sambil jalan melenggang dengan jaket birunya.

 
Abang Danish pula.. seronok shoping key chain dan fridge magnet. Siap pilih yang istimewa untuk Tok Mah.. sebab tok dah pesan belikan yg lawa..jadi abang pilih diver fridge magnet.. memang tok takda lagi yang jenis tu..


Adik lepas dapat jacket tu dah tak nak apa dah.. nak beli baju pun dah tak nak..
senangnya camni.. tapi kalau tak beli..nanti sampai umah..mesti bising " awat abang ada baju dan adik takda baju baru ?" ha.. tu yg susah tu.. Walaupun adik taknak.. ibu tetap beli.. sebagai kenangan..entah bila pula nak sampai sini..
 
Dalam perjalanan balik.. Danish dan Firas riuh dalam kereta..sebab diorang nampak banyak kapal yang belum siap.. iyala..bukan semua tempat ada kilang buat kapal kan.. Bila Nampak ship yard ni..aku pun teruja..kekeke..
 
Haa.. tengok kapal yang belum di cat..warna besi lagi...macam berhantu ja...hahahaha...
 
Kami bertolak dari Pantai Teluk Batik sekitar jam 12.00 tgh hari.. dah shoping pun banyak.. jadi suami aku cakap..kita batalkan saja jadual ke Pekan Lumut.. alahai..
Tapi ok jelah.. dia kan driver.. kalau driver letih..susah maa... perjalanan nak ke Taiping pun bukannya dekat.. Jadi.. ok..semua ahli mesyuarat dalam kereta bersetuju.
Maka..perjalananpun di teruskan ke destinasi seterusnya.. Taiping Perak.
 


Wednesday, September 24, 2014

MARINA COVE RESORT , LUMUT PERAK

Alhamdulillahh..syukur..sambutan Hari Keluarga pejabt aku sekali lagi dapat diadakan...dan kali ni..jarak perjalanannya semakin jauhhhhh.. Fuiyoo... satu kemajuan..cayalah. Tahniah AJK Hari Keluarga..( aku pun AJK gak tau ...kekekeke..). Pilihan kali ni..Marina Cove .. selepas puas bertanya sana sini.. ramai yg cadangkan kami pilih Marina Cove.. ada water park dan ada kolam mandi kat kwsn hotel..jadi memang sesuai tuk aktiviti kekeluargaan. Kalau tahun 2012 kami sambut di Pantai Merdeka, Kedah dan 2013 kami bersuka-suka di Bendang Man Resort, Kedah dan kali ni.. kami ke Perak pula... 

Jadi aku tanpa segan silu..nak tunjuk gambar dan suasana kat Marina Cove untuk dijadikan rujukan buat sesapa yg rasa nak bawa anak -anak bercuti kat sana..  Yang rasa nak buat Family day pun boleh.. pihak Marina Cove siap menyediakan Pakejnya. Kat sini aku selit pendapat peribadi aku tentang Marina Cove..ada yg aku suka dan ada yg aku tak berapa nak berkenan.. Sekadar perkongsian bersama..

Ok..ini katil.. kalau aku tak tulis pun semua tahu ..ini katil.. tetapi..di bawah katil ada banyak sampah.. kekeke...
Sarung bantal bewarna agak kelabu...entahla..mungkin itu memang warna asalnya.. sebab aku bayangkan..kalau cadar putih..selimut putih,,sarungnya pun patut warna putih la kan...
emm... mungkin memang warna asal kot..
Kelebihan sampingan..ada balkoni.. pastikan jgn tinggalkan anak kecil anda bersendirian kat balkoni ya.. beringat sebelum terjadi.


Ok.. TV ada..almari pun ada.. tapi.. tiada penyangkut baju.. dan tiada bantal extra dalam almari ni..
laa... pi jejauh camni..cari bantal rupanya.. hish.. selalu kalau aku pi hotel ..mesti..WAJIB..aku akan jumpa bantal extra lam lemari..tapi ni takda.. ..nampaknya..kena tidur atas bantal angry bird yg duk lam keta tu la..hahahahaha.. kena minta kot...

 Bilik ni berharga RM 142.00 untuk staff gomen.. jadi..kengkawan ingat pesanan aku yer..kalau pi memana hotel jgn lupa bertanya.." cik..ada diskaun utk staf gomen" atau..terus ja tunjuk kad kuasa anda dan cakap...saya nak less...kekekeke.. kalau ada.. dia bagi..kalau takda..bayar penuh la jawabnya..
Bilik kat sini memang luas..itu aku puji..kalau korang anak 3 pun still boleh tidur lam bilik ni..cuma kena minta extra bed atau bawa ja toto bersama. Bukan berat pun..letak lam keta ja..nak tidur baru angkut kan.. save budged..
Peti ais besar..tapi bwh peti..Nampak sampah lagi.. tuala pengelap kaki takder ya..cuma ada pelapik kaki jenis anti gelincir tu ja kat depan pintu tandas..haaa...ni satu  gi aku tak berkenan..kaki basah maa.. takan nak lap kat katil kot ?
Ok..kemudahan sinki kat dalam bilik.. jarang dapat kat hotel lain..mudah sesangat nak basuh cawan ,nak rebus air.. bagus betul..tetapi..bila aku buka je pintu cabinet tu..alamak..ada bau la..entahla bau apa..mungkin bau kayu lembab kot.. lepastu..aku dah tak buka.. entah apa sebab yg aku buka cek semua ( memang tabiat aku pun kalau ke hotel ...).
Kat atas peti sejuk tu ada kemudahan standard hotel la..tetapi... dulang pelapik tu pun penuh dengan peta.. teh yg aku dapat..dah terbuka pun.. atas peti sejuk tu pun..macam dah lama tak di lap.

 Ini Bilik air.. tak kecil dan tak besar sangat..ok..cuma.. agak tidak bersih..
Bila jengah je ke tandas..dah boleh Nampak..daki kat bawah sinki..dan di keliling tandas duduk tu pun ( bhg luar mangkuk )..ada daki yg melekat..macam dah lama tak di cuci.. ni yg buat aku rasa tak nak berlama-lama kat dalam toilet tu.

Ni sesaja nak tunjuk hadiah yg kami anak beranak dah menang semasa pertandingan di adakan.. horeeyy..rezeki syukur..
OK..kolam mandi.. ni mak dan bapak pun boleh berendam sekali.. gambar ni aku ambil dari tingkat dua.. kat sebelah kiri tu..café yg terbuka..dan kat sebalah kanan pula café yg lebih tertutup..jadi..semasa sarapan pagi..makan tengah hari..makan malam..boleh layan pemandangan orang berendam..

Ini taman airnya..kalau korang menginap kat Marina Cove..sebelum datang sini.. jgn lupa singgah kat kaunter pendaftaran tu..dan minta diskaun untuk masuk ke sini.. dapat la less sikit..waaupun siki..tapi kalau bilangan yg nak masuk tu ramai..kan dah selamat..... tempat ni depan hotel ja..takyah susah-susah naik keta.. jalan kaki jer..
Inilah keluarga besar kami..
Gambar ni di ambil selepas acara sukaneka.. dah hampir jam 11.30 mlm..jadi ramai yg ada anak kecil dah naik ke bilik.. kali ni 22 keluarga Berjaya dikumpul..cuma 7 keluarga yg tak dapat ikut..ada yg cuti bersalin..ada yg tak sihat..dan sbgnya. Semoga tahun depan semua boleh ikut serta..

 
 Sebahagian dari aktiviti kami pada mlm tersebut.. Ni acara pass getah guna straw..Nampak senang..tapi bila dah buat..mencabar juga rupanya. Dah la aku ni spesis rabun malam.. bila buat lebih dari 3 kali..aku dah tak Nampak kat mana getah tu tergantung...tetapi..ish..banyak sungguh tetapi..kumpulan aku menang..horeeyy..tempat pertama..sebab aku kan ketua kumpulan.. hahaha..utk acara baling bola pingpong  ke dalam bekas kueh raya yg dikembarkan..pun kumpulan aku dapat tempat pertama.. Syukur..rezeki extra..
Kanak - kanak pula ada acara kerusi muzik, tiup belon samapi pecah ,dan kutip bola pingpong.
acara yg simple ja.. sesuai utk semua yg letih memandu seharian.
Ni aku nak cerita tentang tempat parking.. Tempatnya agak terhad..jadi.. lepas aku chek in kat sini.. kami dah tak kemana.. sebab kalau kami keluar..lepas masuk balik ke sini compom.. parking dah penuh. Kena tinggal keta kat tepi jalan pulak..Kami sampai sini sekitar jam 2.30 ptg.. dan terus boleh chek in.. bagus..kalau ikut time yg diorang bagi..chek in pukul 3.00 ptg dan chek out jam 12.00 tgh.
Sampai sini rehat jap..maklumla..dari Perlis nak kes sini dekat 5 jam perjalanan. Almaklumla..kami bergerak secara konvoi.. lebih kurang 20 buah kenderaan.. sekali berhenti..penuh tepi jalan.. memang meriah..
Aktiviti hari pertama adalah bebas..lepas chek in..rehat kejap..dalam pukul 5.00 ptg anak aku dah mula operasi berendam kat water park tu..jam 7.30 mlm berkumpul utk acara BBQ ( paling ditunggu )dan diteruskan dengan acara sukaneka.. 
Alhamdulillah.. berakhir aktiviti kami..semua happy dan misi utk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga staff telah Berjaya. Next year... kena fikir tempat yg lagi best..Insyaallah..
Untuk Marina Cove..aku cuma bagi 2 1/2 bintang ja.. sebab..masalah kebersihan yg amat kurang.. dan untuk kali pertama ..aku tak rasa nak lepak lelama kat lam bilik..aku tak rasa suasana seperti di hotel.. Aku bukan cerewet..cuma aku dah bayar..jadi aku nak bayaran aku setimpal. Aku pernah lepak bilik yg lagi murah dari di sini.. tetapi..aku rasa amat selesa dengan bau yg Wangi..bilik yg kemas dan bersih.. serta agak kalis bunyi.. kat sini.. korang boleh dengar jiran sebelah, jiran atas.. berjalan , bercakap dan berlari.. erm... kurang best la..
Akhir kata.. jom menabung lagi..pasni boleh bercuti lagi..hahahaha... Insyaallah.

Wednesday, September 3, 2014

KE HOSPITAL KULIM LA PULAK ....

Aku kena buat catatan berkaitan peristiwa nih.. Alkisahnya..anak saudara suami aku.. merangkap anak saudara aku jugak la kan.. yang berumur 1 tahun 7 bulan pi check in kat sepital Kulim. Adoi... jauhnya.. tapi tula..benda dah nak jadi kan.. sedang diorang syiok berjalan.. bershoping, tetiba si budak kecik Zahin ni nampak mata putih ja.. Mak mertua aku cakap..memang takut tengok dia..  dia ada demam sikit..tapi suhu badan baru 37 darjah..tak tinggi sangat pun.. Diorang terus bawa ke klinik swasta...dok nasihat terus bawa ke sepital. Jadi kalau nak balik ke Kangar..maunya 2 jam baru sampai..jadi..hospital yg hampir dan dekat ngn umah kakak ipar ku.. Hospital Kulim la pilihannya.
Dia check in sepital 23 Ogos 2014 check Out 25 Ogos 2014. Kami melawat pada 24 Ogos.. kasihan zahin.. Tetapi semasa kami pi melawat..dia ok ja. mulut bising macam selalu.. ceritakan hal mainan barunya. Apa yg dikata pun..tak pasti.. kekeke.. kasihan Zahin..semoga takda masalah seriuse. Dan sekarang.. next Chekup kena buat di Hospital Kangar.

Sebelum Kes Hospital..singgah rumah Along dulu ( kakak ipar aku )
Taman Along dah semakin cantik.. suka tengok..

Taman Kecil di tepi rumah..

Inilah budak yg tak berapa sihat tu.. Tetap ceria dan bising..
 

 Kesiannya... tangan memang penuh kesan jarum..sebab nurse susah nak jumpa urat darah dia..
Menangis toksah cakap la...

Mohd Zahin Bin Mohd Kamal
Ngah doakan Zahin sihat.. takda masalah berat...Membesar menjadi insan yg soleh bersama
Abg Danish dan Abg Firas ..
Amin..
 

Nufnang