Friday, October 9, 2015

PENDANG LAKE RESORT KEDAH

Puas aku memaksa diri menulis di sini.. tahap malas 360 darjah. Kalau ikut hati..aku nak suruh komputer ni rakam ja apa yg aku cakapkan dan dikeluarkan dalam bentuk teks. Jadi di sebabkan tahap malas dah melebihi tahap tepu..aku upload gambar jelah. Cerita serba sikit yang penting ja . Mudah korang nak paham kan.sebagai ingatan buat aku dan panduan kalau kengkawan nak ke sana.

Tasik yg luas... Angin yg bukan lagi sepoi -sepoi bahasa.. 
Tarikh : 25 september 2015
Hari Raya Korban ke-2
Misi : Memancing

Bilik  : Superior 
Katil : 1 Queen , 2 Single 
Harga : RM 159.00 1 mlm
Betul -betul menghadap tasik.
Pendapat Peribadi : Luas.. bersih ( takda sampah tersembunyi & tandas pun bersih. Tuala & cadar pun wangi ) ..tetapi alatan lain agak uzur , katil ada muzik, pintu almari yg boleh tercabut bila-bila masa.
Ubat nyamuk elektrik di sediakan.

Kemudahan yg disediakan di dalam bilik

Siaran TV bewarna biru.. kekeke..

Nampak pintu almari..sebelah tu dah tercabut pun.

Kat sini disediakan wash basin . Bilik air dan tolet disediakan berasingan. Yang ni bagus..takyah berebut tandas kan. Tetapi takda water heater , cuma shower biasa ja.

Ikan cukup banyak disini, Petang-petang boleh nampak orang memancing di seberang tasik. Ini rezeki pertama kami kat sini, ikan lampam. Ikan di sini sukakan umpan dedak dan roti. ( kami test semua  jenis umpan.. bila guna roti..baru dapat hasil )

Pemandangan petang di sana..cukup tenang dengan angin yang segar.

Rasa nak lepak lama-lama kat tepi tasik ni..rasa damai di hati yg tak boleh nak diluahkan. Indahnya ciptaan Allah .

Pemandangan dari luar bilik. Deretan bilik Superior

Bangunan di hadapan tui pula untuk jenis bilik Standard dengan harga RM 106.00 semalam.
Adik aku 3 beranak lepak kat sana. Katanya tak berapa best sebab ada bau ubat gegat yg kuat. Bilik pun agak kecil.

Gambar Last sebelum bertolak balik. Lengkap kami sekelurga..cuma muka cameraman tu ja tak nampak... 
 Kesimpulan yang aku boleh buat , kalau ke sini dgn niat nak memancing..Insyaallah, hajat tu akan tercapai. Tetapi kalau nak cari hiburan..memang ini bukan tempatnya. Kat sini korang boleh dapatkan ketenangan dan quality time bersama keluarga. 
Kemudahan nak cari makan...memang banyak..dekat ja dengan pekan pendang. Kalau nak shoping, ada pasar kemboja kat sini. Kami tak sempat nak ke Pasar kemboja. Bila sampai, nampak peniaga dah mula simpan barang. Adeh..melepas nak jamu mata.. 
Kalau korang nak try ikan kat sini.. contac no ni 04-7583220 untuk urusan booking.

Akhirnya... berjaya juga aku menghupdate blog ni.. : )

2 comments:

Anonymous said...

aku penah dok sini lama dh pi ramai2, dok betui2 tepi parit bkn tasik, punyala byk binatang, anak2 penakan aku tidoq khemah pehh mmg kena getik mcm2 hehe - cidah

mela said...

adeh..tidoq lam khemah.. angin tak tiup khemah ka ? kat bilik yg kami ambik,ok..takda serangga, nyamuk pun tak banyak sangat.Kalu lepak reramai syiokla..kalau berdua..rasa sunyi ooo..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...