Wednesday, December 27, 2017

HOTEL NOVOTEL TAIPING PERAK

Majlis Forum Pengguna 1 Gov* Net - Zon Utara 24 Oktober 2017 (Selasa) bertempat di Novotel Hotel, Taiping, Perak.

Balik taklimat dari Putrajaya, aku cek email.. jeng... jeng.. kena pi Taiping la pulak... kalau tak pi..aku kena cari pengganti... alahai..sapa la nak gantikan tempat aku kan.. nak tak nak.. pi la juga.. 
Jadi hari Isnin 23 Oktober, lepas anak aku yang no 2 balik KAFA, sekitar jam 6.00 ptg baru kami keluar dari rumah. Jadinya memang sampai malam la di Novotel. Keluar dari rumah, terus ja ke Novotel, memang tak stop mana mana dah. Dalam pukul 10.00 mlm, kami sampai ke Hotel. Dah sampai.. apalagi..kelaparan la anak beranak.. 

Hotel Novotel ni berada di tengah-tengah pekan Taiping, kat atas Taiping Mall . Jadi, memang susah nak sesat, kami sampai waktu malam, dari jauh dah boleh nampak cahaya lampu NOVOTEL. Disebabkan aku sampai di malam hari, jadi takda la gambar hotel di siang hari. Aku ambil gambar dari web Agoda ja. Sebab aku booking pun melalui Agoda.

Novotel ni hotel baru.. jadi memang amat-amat selesa dan bersih. Penyambut tamu dan staff sangat friendly.. mudah senyum.. sangat bagus.
Pintu hotel ni di bahagian bawah, tapi parking untuk tetamu hotel adalah di tingkat 6. Parking luas dan dikawal, jadi tak risau keselamatan kenderaan.


 
Bilik kami di tingkat 9 . Kat sini lif hanya boleh di akses oleh pemegang kad kunci bilik jer. Jadi kalau takda kad tu.. lif hanya menerima arahan untuk acsess ke bilik mensyuarat / kafe / swimming pool dan bahagian receptionis sahaja. Konsep yang sama seperti di The Everly Putrajaya .

Bila Pintu dibuka.. tara.. inilah biliknya. Bilik tak la berapa luast sangat, tetapi... karpet yang amat-amat tebal.. rasa macam pijak tilam nipis dah.  Katil super single. 3 Beranak boleh landing atas katil.. Bersih dan selesa.. itulah untungnya kalau lepak di hotel baru. Disebabkan ini hotel baru, jadi.. almari masih berbau kayu.. Kepada yang alah kepada bau kayu ni.. memang rasa tak selesa la sikit. 


Inilah almari- almari baru tu.. 



                       Sinki dengan cermin yang besarr..          Iron dan iron board

                                                              Shower dan Tandas .. berasingan

Coffee & Tea maker.. yang ni... sikit... tak cukup utk kami  


Toiletries 





Kolam Mandi..  Ini adalah kegembiraan anak - anak. Panas atau hujan tak menjadi masalah buat diorang berdua. Asal boleh berendam.. tak kisahla walaupun terbakar dek panas mentari. 

Cerita yang sama seperti di The Everly Putrajaya, kolam mandi tersebut, mereka yang punya... Orang lain ke sekolah, dua beradik ni gembira berjemur di tengah panas. Bila sampai rumah, baru aku perasan .. paha Firas berbelang .. kekeke.. muka .. jgn cakap la .. terbakaq panaih.


 Kami sampai ke hotel dah hampir pukul 10.00 malam. Lepas check in , kami 4 beranak terus turun mencari kedai makan. Alhamdulillah, amat senag nak cari makan di sini. Di hadapan Novotel ni ada medan selera. Banyak gerai yang ada. Cuma perlu lintas jalan ja. Maka.. mula lah aku gelabah mak limah bila kena lintas jalan . Padahal jalan 2 line jer pun.. 

Bila masuk medan selera ni.. pergh...nampak young tau foo la pulak. Jadi kaki dah tak nak jalan dah. Sotong yang tergantung sekoq - sekoq tu..aku nampak sedap gilos. Padahal aku ni kalau makan makanan laut. mau naik jerawat 3 - 4 ketul. Tapi aku tak kisah dah.. aku nak juga makan Yong Tau Foo Taiping. Lepas ni kalau naik jerawat, aku telan ubat banyak-banyak.
Akhirnya... yang ditunggu muncul juga... Masa oder, rasa boleh habiskan semua makanan di situ... bila makan.. tak habis punn... Last bungkus.. bawa masuk bilik. Nasi Goreng udang tu best juga. Young Tau Foo , aku rasa biasa saja.. sebab di Perlis aku boleh dapatkan yang lagi sedap.. tetapi..harga kat Taiping ni, jauh lebih murah.. tabiat aku, kalau dah berjalan.. memang aku nak makan semua jenis makan yg ada di negeri tersebut. Tamak haloba sungguh..



Majlis berakhir jam 6.00 petang. Disebabkan kami chek out lambat.. maka kena la tambah duit . Pihak hotel bagi aku chek out lewat sampai pukul 2.00 ptg saja.. itu pun kalau takda orang yg booking. Lebih pukul 2.00 kenala top pup.  
Gambar di atas  adalah sebahagian pemandangan pekan taiping berlatarbelakangkan Bukit Larut.  Sejuk mata memandang.. hijau....

Sebelum balik, kami singgah makan di Doli Kuey Teow Goreng. Dari 5 bintang.. aku bagi 3 ja kut. Ramai yang cakap, rasanya dah tak sama macam dulu.. Bagi tekak aku pun... ianya tak membuatkan aku mengigau utk kembali ke sana buat kali yang seterusnya. Anak aku oder nasi ayam. Lepas makan, kami ronda-ronda sekitar tasik dan terus bergerak ke Perlis. Sebab keesokan harinya , anak-anak aku bersekolah. Tak boleh ponteng banyak banyak hari. 

Jadi tamatla perjalanan ke Taiping atas urusan kerja bagi tahun 2017. Tapi , hujung minggu tersebut, kami buat sambutan hari Keluarga di Rumah Tetamu UNIMAP di Kurong Tengar pulak. Wah.. Penuh jadual aku untuk bulan 10 ni. Ok, next entry, Sambutan Hari Keluarga 2017 pulak.

Tuesday, November 21, 2017

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA

Jom kita menjelajah Putrajaya pula. Bersambung dari selepas check in di The Everly . Malam pertama di Putrajaya, kami ke Alamanda sahaja. Tak larat nak meronda lagi. Driver perlukan tenaga tambahan dulu. Jadi, masuk alamanda, shoping mineral water utk stok 2 hari, makanan ringan dan cari tempat makan. Puas mencari akhirnya T.G.I Fridays menjadi pilihan.. 

Hari ke 2..

Awal pagi .. Danish dan Firas dah rasmikan kolam mandi. Sejuk anak -anak oi.. 
Lepas puas diorang berendam, kami memulakan sesi menjelajah Putrajaya. Sebenarnya pada tahun 2002 - 2003 aku adalah sebahagian penduduk Putrajaya. Penempatan pertama aku adalah di Wisma Cycelcary..dekat sangat dengan SOGO. Tapi..hanya beberapa minggu ja di sana, jabatan kami di bawah Kementerian Kewangan mula berpindah ke Putrajaya. Nikmat menjadi antara yang terawal tinggal dan bekerja di Putrajaya sukar di ceritakan. Pengangkutan masa tu hanya ada bas Nadi Putra. Naik bas terpaksa berhimpit dengan mat bangla yang amat ramai pada masa tu. Sebab diorang yang menjadi buruh pembinaan di Putrajaya. Bila balik kerja petang, jangan cakapla..bau dalam bas..macam-macam.. dan kalau aku terlewat keluar dari pejabat... bye bye la jawabnya. Dah kena tinggal dengan bas. Pandai-pandaila cari sesapa nak tumpang. Tak lama lepas tu, rakan sepejabat aku..yg juga merangkap rakan serumah dah bawa motor . Jadi kami dua orang mula merempit dalam Putrajaya. Zaman ni naik motor di Putrajaya, memang best.. kereta belum banyak, jalan baru , jambatan baru..jadi ada laluan yg kereta belum boleh lalu, kami berdua dah rasmi dulu.. kekeke.. Sesat dalam Putrajaya ...zaman tu, biasala..sebab papan tanda belum banyak, dan masih banyak jalan mati.. hahahaha.. semua kami redah.  Aku menyewa di Flat Hijau ( nama gelaran yg kami bagi ,sebab flat tu warna hijau ). Flat ni bersebelahan dengan Stesen ERL. Pada tahun 2002 , kalau aku nak keluar dari putrajaya aku boleh tunggu bas di depan JPA atau naik KLIA Transit. Pada tahun 2002 , tak banyak kementerian lagi yang beroperasi . Antara yang aku ingat telah beroperasi di sini ialah JPA, Wisma Putra dan Kementerian Kewangan itu pun belum semua pejabat dibawah setiap kementerian berpindah sepenuhnya. Pokok getah dan pokok kelapa sawit, masih banyak lagi.. kedai makan di Percint 9 tu pun belum  beroperasi. Nak cari kedai runcit..alahai..susah bebenor. Tapi.. sekarang.. 2017 , semua dah berubah. Semasa meronda dgn anak anak, aku sempat bercerita suasana dahulu di Putrajaya. Alhamdulillah kali ni, diorang dapat tengok tempat paling penting di Malaysia dan melihat kenangan Ibu mereka di sini suatu ketika dahulu.. Ceewaah.. jiwang pulak.. dah.. banyak pulak cerita silam.. Jom kita ronda..


TAMAN BOTANI PUTRAJAYA

Penyambut tamu yang comel setia menunggu. Pengunjung di kala ni.. hanya kami berlima sahaja.. tula.. org sibuk bekerja dan sibuk ke sekolah.. kami boleh sesat di sini.. Tapi.. best.. bila hanya kami sahaja di sini..taman botani yang luas ni.. kami yg punya.. 

Nak menjelajah Taman Botani.. ada banyak pilihan.. pilihan pertama, Naik basikal.. kayuh sendiri... kedua.. naik Tram.. ada driver..kena tunggu masa yang ditetapkan, ke tiga.. korang boleh jalan kaki.. atau berlari-lari.. pilihan terakhir adalah percuma. kalau basikal ngn Tram..kena caj sewa.. Kami pilih basikal.. sebab nak lebih bebas dan lebih meneroka.. cewwah.. 

Inilah Tram oren tu...


Kami.. Pilih nak mengeluarkan peluh.. pergh..memang berpeluh dibuatnya. Taman Botani dah la luas....lepastu..berbukit-bukit.. masa nak naik bukit.. puas tekan gear.. masa turun bukit...waaa... bebasnya rasa.. macam kembali ke zaman muda remaja dulu.. jadi..sempatla aku berangan cam cerita korea tu kan.. kayuh beskal dengan pakwe... hahahahaha... anak-anak..kayuh kat depan ngn mak sedara diorang..
Pemandangan dari Taman Botani.. 




Titian Kanopi sepanjang 170 Meter. 



Masih lagi di dalam Taman Botani.. jam matahari.. Jam ni berada jauh di atas bukit.. Sun Garden. kalau naik beskal..memang kena tolak la jawabnya.. tak terdaya nak mengayuh... 


ASTAKA MOROCCO

Satu lagi tarikan di dalam Taman Botani. Tiba -tiba ja aku sampai ke Morocco... hahaha... verangan !
Senibina Morocco.. ukiran.. yang sangat teliti. Bagi pengemar seni ukiran.. baik singgah kejap kat sini. Dari dinding..sampai ke siling..semuanya ukiran.

Ni bahagian dinding luar bangunan Astaka Morocco.

DATARAN PUTRA PUTRAJAYA
Kalau dah sampai Putrajaya.. tapi tak sampai tang ni.. tak sah la.. 
Dari sini aku merenung Bangunan Kementerian Kewangan.. Dulu.. hanya sebuah bangunan tu sahaja di situ.. sekarang..dah dikelilingi bangunan lain.. 14 tahun yang amat berbeza.. Alhamdulillah.. aku masih sempat melihat perbezaannya..

Pejabat Perdana Menteri.. 

Masjid Putra..
Semasa kami sampai sini..ramai pelancong dari China.. Tiba -tiba rasa macam pi melancong ke china pulak.. ah.. lagi Verangan !


AYER 8 PUTRAJAYA

Malam ke 2  di Putrajaya.. Adik aku yg study di UPM sarankan kami ke sini. Kami keluar awal.. sebelum Maghrib..kami dah bergerak dari hotel. Perut semua 5 orang dah menyanyikan lagu keroncong. Alhamdulillah.. ada kemudahan untuk musafirkan.. bolehla menikmati senja di Putrajaya. 

Masa sampai sini.. sedang berkumandang Azan Maghrib. Syahdunya rasa..melihat suasana dan merasai ketenangan di jiwa. Apabila suasana semakin gelap..cahaya lampu-lampu yang dipantulkan oleh air semakin menambahkan seri di sekitarnya. 

Selepas menikmati makan malam, kami naik beca berlampu ni pulak. Kayuh sendiri yer.. Tapi memang best sungguh. Kayuh ramai-ramai.. bila nak buat u turn... kena turunkan kaki..dan tolak dengan kaki.. rasa macam dah jadi cerita flintstones  pulak.  wakakaka...
Jom..naik ramai-ramai.. save minyak ni.. 100 % tanpa minyak.. tak mencemarkan udara.. cuma bayar caj sewa jer.. 

Ha.. yang ni.. tak guna kaki.. tapi ada enjin kecil untuk gerakkannya. Seriuse..comel sesangat . Siap terbayang -bayang macam cerita dongeng fames tu kan.. Cinderella..

IOI PUTRAJAYA

Ok.. pertama kali masuk sini.. kami boleh lupa... paking kereta di sebelah mana.. kekeke..
Tujuan datang ke IOI Mall ni sekadar nak cuci mata dan mencari tempat untuk makan. Sebelum tu, kami dah search on line.. apa yg menarik di IOI Mall ni. Ada  Distric 21 .. tempat untuk aktiviti indoor yg kategori lasak sikit la. Pusat hiburan bertemakan kekeluargaan. Icescape .. anak anak aku tak pernah tengok.. jadi.. diorang kagum.. macam mana lantai ais tu tak cair.. dan ada la seorang remaja ngn coach sedang traning . Jadi..kami sempat cuci mata kejap.. Kat dalam ni.. pergh...macam syurga makanan. Korang nak makan makanan barat, timur, selatan, utara.. semua ada.. yang penting bawa duit jer.. Untuk shoping pun.. sesangat banyak.. pendek kata.. dulu Alamanda yg menjadi igauan , sekarang igauan telah berubah kepada IOI Mall.

Kami tak pergi ke Wetland, kerana anak anak aku membayangkan suasananya pasti hampir sama macam Taman Botani.


 Hari ke 3 

Hari ke 3 di Putrajaya iaitu hari Selasa, aku menuju ke Kementerian Kewangan. Jarak antara Hotel The Everly dengan Kementerian Kewangan tak jauh mana pun. Kalau tak sangkut dalam jem.. tak sampai 5 minit pun..korang dah berada di hadapan pintu masuk Kem. Kewangan.

Jadi, lepas suami aku menghantar aku ke Kem. Kewangan, anak -anak kembali menjalankan operasi berendam di dalam kolam. Hemmm... memang diorangla yang paling gembira dalam perjalanan ni.
Majlis aku berakhir sekitar jam 11.30 tgh hari. 

TAMAN WARISAN PERTANIAN

Selepas check-out dari THE EVERLY kami menuju ke Taman Warisan Pertanian, tujuan utama adalah mencari makan. Alhamdulillah, bila sampai sini.. orang belum ramai.. makanan ada banyak pilihan dan suasana pun best. Jadi kalau korang ke Putrajaya dan mencari makanan dengan kadar harga yang berpatutan, tetapi sedap dan selesa.. carilah Taman Warisan di Percint 16. Sekitar pukul 1 tengah hari.. orang semakin ramai, rupanya geng ofice dah mula keluar rehat. Jadi..kalau korang tak suka ramai-ramai.. datanglah bukan pada waktu rehat pejabat.

Lepas siap makan, kami pun mula bergerak untuk pulang ke Perlis. Percutian  + Tanggungjawab di Putrajaya telah berakhir. Aku ingat lepas ke Putrajaya, dah tiada panggilan untuk kursus atau apa apa taklimat lagi. Rupa -rupanya..sangkaan aku meleset.. aku di arahkan ke Taiping pula 2 minggu kemudian. Arghh.. banyak la pula tahun ni.. 
Jadi..nanti bersambung di Taiping pula..
Sekian.



Thursday, November 2, 2017

THE EVERLY PUTRAJAYA

10 Oktober 2017 rezeki bertandnag lagi. Aku dapat Email kena pi taklimat berkaitan Sistem eP baharu yang akan dilancarkan Januari 2018 nanti. Disebabkan aku sorang ja yang terpilih, maka bermulalah sesi aku memujuk Encik suami. Alhamdulillah.. lepas aku explain, tak cakap banyak..dia kata. ok, dia akan bawa aku kesana.. Pergh..tenang hati aku.. kalau tak aku nak kena travel sengsorang ke sana.. adeh.. sengsara rasa hati..

Sebenarnya pihak jabatan telah menyediakan tempat penginapan , tapi.. dah aku bawa keluarga, aku pilih nak lepak di The Everly , kalau korang masih ingat.. disinilah ahli keluarga mangsa MH370 ditempatkan sementara menunggu perkembangan semasa. Semoga semua keluarga yang terlibat kuat dan tabah menghadapi ujian tersebut.
Disebabkan aku sendiri yang pilih nak lepak sini.. jadi..aku kena la bayar sendiri. Tak boleh klim sebab tempat penginapan telah disediakan. The Everly terletak di sebelah Pasaraya Alamanda .. sangat-sangat dekat.. jalan kaki tak sampai 3 minit pun..

Aku bertolak dari rumah pada 08 /10 /2017 sekitar jam 8.00 pagi. Saja kami pi awal 2 hari.. nak ronda putrajaya katanya. Bila bergerak dengan family ni, macam -macam kisah yang ada.. jadi..pukul 4.00 petang baru kami sampai ke hotel. Proses check in mudah ja.. sebab aku dah booking melalui Agoda. Tetapi, aku tak berpuas hati berkenaan tempat meletak kereta. Tempat parking adalah parking berbayar. Jadi bila korang nak keluar dari kawasan parking, pastikan bawa tiket  tersebut ke kaunter hotel dahulu. Aku tak dimaklumkan hal ni.. Keesokan hari.. pagi isnin kami keluar dari hotel untuk ronda-ronda..  caj yang aku kena RM 30.00 ++  utk Parking.. adeh..banyak tu. Jadi aku search web The Everly ,dan terjumpa komen mengatakan parking adalah percuma. Balik jer dari meronda tengah hari tu.. aku terus ke kaunter dan bertanya.. barulah dijelaskan bahawa aku perlu membawa tiket parking tersebut ke kaunter sebelum keluar dari kawasan parking... adeh..lebur RM 30.00 ..dah tak boleh klim. Sepatutnya kerani yang bertugas perlu maklumkan hal ni semasa kami check in lagi.
Masuk je kat pintu The everly .. inilah yang korang nampak.. 

Ni ruang legar depan..

Ni pula arca di hadapan hotel.
Bila masuk bilik.. Alhamdulillah.. bersih .. sofa ni menjadi tempat anak teruna aku tidur pada malamnya. Tetapi, bila aku terjaga esok pagi..dia dah tergolek atas lantai.. kekeke... katanya dia tak sedar pun dia dah jatuh ke bawah. 

Toilet bersih..
Dua katil super single..  walaupun katil single, tetapi saiznya lebar. Aku dan Firas boleh kongsi 1 katil. Jadi kalau anak korang masih saiz kanak-kanak 8 tahun.. dan korang pun saiz medium ja.. memang boleh kongsi katil ni. 


Kemudahan asas yang disediakan


Bila aku tengok port ni.. wow.. sukanya hati.. tak perlu nak berebut utk caj Hp dan tab. Jadi.. semasa lepak di The Everly, kami 4 beranak tak bertelagah utk berebut siapa dulu yang nak caj.. hahaha...

Suasana petang di The Everly Putrajaya. Bilik kami menghadap tasik.. 


Apabila bercuti pada bukan musim cuti sekolah, maka..inilah jadinya. Kolam mandi amat lenggang. Danish ngn Firas berendam macam kolam tu diorang yang punya.
Kad akses ke bilik ni amat penting, tanpanya..korang tak boleh naik lif.. kena touch dulu kat dalam lif.. baru lif tu mau ikut arahan korang. Jadi, soal keselamatan penghuni lebih terjamin. Insyaallah...
OK, dah habis cerita tentang The Everly Hotel.. lepas ni aku sambung Ronda-ronda di Putrajaya pula.

Nufnang