Tuesday, April 18, 2017

PART II : PENGALAMAN PEMBEDAHAN MEMBUANG HEMPEDU DAN MEDICAL CARD



Dah lama tertangguh, susah bebenor nak menyambung kembali al-kisah pembedahan membuang hempedu yang aku telah jalani.Kali ni aku tak nak mukadimah pepanjang, terus kepada sambungan dari PART 1 .Aku bersambung dari selesainya urusan pendaftaran masuk ke wad . Masa aku nak chek in, kebetulan ada seorang pesakit dari single ward dah nak check out. jadi, terus aku book bilik tu. Kalau tak, aku terpaksa duk sharing room yang 2 katil.Aku  check in bilik sekitar jam 12.00 tgh hari. Masa aku jumpa doktor  utk sahkan aku nak buat pembedahan sekitar jam 10.30 pg tadi, doktor dah tak bagi aku makan atau minum .Bila masuk bilik..  dah terasa debaran auw..auw  gitu. Baru jer letak beg baju.. pintu bilik dah ada org ketuk, misi comel dah masuk. Dia bagi baju baru hijau kat aku. Dimintanya aku tukar kepada baju tersebut. Pergh... bertambah berdebar-debar  gitu.Aku dengan muka blur -blur terus tanya.. nak kena tukar sekarang ke nurse ? Nurse angguk -angguk ja. Dalam hati aku.. aik.. awal lagi.. doktor cakap petang baru nak buat operation.
Sekitar jam 2.00 ptg, aku pun tukar la baju baru tu. Sekali bila dah nak pakai.. eh.. mana depan, mana belakang ni ?. Serupa ja aku tengok. Lepas tu.. ianya tak berjahit.. di kiri dan kanan baju, hanya dilekatkan dengan pelekat jer..... kat atas bahu pun.. pelekat ja. Jadi aku keluar dari toilet, jalan ayu -ayu gitu. pastu tanya suami aku.. mana depan mana belakang ? siap disuruhnya aku berpusing , sebab nak tengok mana depan atau belakang. Eh, ni macam aku dah di dera,, dahla tak sihat..suh pusing-pusing pulak, tapi yg pelik.. boleh pula aku mengikut...  walaupun dah berpusing..tetapi, kami masih tetap tak dapat jawapan..mana depan, mana belakang.. hahahaha...Siap tukar baju, aku landing atas katil sambil wsup rakan pejabat , berkaitan pembedahan yg akan aku jalani, dan juga segala wasiat berkaitan kerja yang perlu di bereskan . Siap aku bagi contac  pegawai HQ utk dirujuk jika ada masalah sistem atau server masa aku sedang MC nanti. 
Tetiba, pintu diketuk lagi. Alahai, dah macam susah hati pula dengar orang ketuk pintu. Pakar bius dan pembantunya pula masuk. Aku tak ingat siapa nama pakar tersebut. Dia cek apa yg berkaitan dan tanya pukul berapa kali terakhir aku makan. Ok.. dia tulis sikit..pastu dia cakap Pukul 3.30 ptg ni kita masuk bilik bedah key.. sambil senyum. Ok doktor ..dan aku pun senyum.. hahaha... senyum dalam paksaan. Haaaaa... dalam hati dah rasa nak lari... huhuhu.Untuk hilangkan debaran, aku wsup group geng kamcheng  yang 5 orang tu. Aku maklumkan aku akan di bedah sebab ada batu dalam hempedu. Lepas ayat tu.. aku terus sambung ayat seterusnya.. jangan tanya aku pasai pembedahan selagi tak selesai , kita cakap hal lain ja. Hahahaha..nampak sangat aku takut . Dan yang best..geng aku 5 org tu.. tak berani tanya.. kami nyembang hal lain ja. Hampa semua memang best la..  Dlm aku sengaja sibukkan diri dengan benda lain, pintu diketuk lagi, nurse masuk cek..samada aku dah tukar baju atau belum. Jadi, aku terus ambik peluang bertanya lagi, betul ker baju ni pakai cam ni ? sambil buat muka konpiuse... hahaha..  nurse tengok dan senyum..takpa..betul ja..katanya. Bila nurse keluaq, suami aku sambung gelak pulak... eh.. pepasal gelak ni.. dia cakap.. nanti aku masuk ot.. aku bukan sedar pun baju tu betul atau tak.. doktor tak tanya pun.. betul atau tak.. kekeke.. malu la pulak atas keterujaan aku terhadap baju baru ni.

3.30 petang.. jeng jeng jeng.. masa yang di nanti telah pun tiba. Nurse masuk bilik bawa katil untuk ke dewan bedah. Debaran yang tadi masih dapat dikawal, mula mengambil alih jiwa dan minda. Rasa takut dah menjelma. Padahal doktor dah cakap, pembedahan ni kejap ja..  tak sampai 1 jam.. cuma proses di dewan bedah sebelum dan selepas pembedahan yang akan menambah masa menjadi lebih panjang. Doktor akan menjalakan pembedahan Laparoskopik. Hanya tebukan di 3 bahagian abdomen. Macam aku, doktor tebuk di bahagian Ulu Hati, sisi kanan dada ( dekat area hempedu ) dan satu lagi di bahagian atas pusat. 2 Lubang untuk dimasukan alatan pembedahan , dan satu lagi untuk dimasukan kamera. Jadi, aku ada rakaman pembedahan tersebut.. Pergh..berasap- asap lemak aku bila kena pemotong laser tu.. nasib aku tak sedaq diri.. kalau tak.. mesti dapat bau satay bakaq... hahahaha...

Bila aku dah siap naik atas katil, nurse tinggalkan aku kejap ngn suami. Time ni rasa shahdu la pulak.. hikhikhik.. aku cium tangan suami dan minta maaf bebanyak. Huk..huk..huk..  pembedahan kecik ja.. tapi gabra tah hapa-hapa. Hahaha... 
Semasa diorang tolak aku ke Dewan Bedah, aku rasa  nak tutup muka ngn kain cam watak Lee Hwa Shin dalam cerita Jealousy Incarnate , kekeke...sempat  lagi muncul cerita Korea lam otak walaupun tengah gabra. Suami aku ikut sekali, pastu aku dengar mak call baru nak naik lif. Sebelum masuk ke dewan bedah, ada satu ruang lagi , kat sini suami aku masih ikut masuk dan di sini ada beberapa orang nurse yang bertanyakan aku dan suami  tentang identiti diri dan jenis pembedahan yang akan dijalani. Maknanya diorang tak  nak berlaku kesilapan , salah bedah orang lain..kan naya.. Pastu, Nurse cakap kat suami aku, Encik boleh menunggu di ruang depan.  Maka aku sempat  lambai-lambai kat suami aku.. dan dia angguk-anggukkan kepala ja sambil buat isyarat ok.  Pastu..aku pun ditolak masuk ke dewan bedah yang punya la luass... sejuk...dan amat terang. Oppss.. rupanya ini bukan bilik bedah lagi... hanya ruang utk persediaan awal dan ruang utk bertenang. Jadi, masa ni, aku tak tahu pukul berapa.

Nurse parking katil aku di suatu ruang bertirai, tapi tirainya terbuka dan aku boleh tengok suasana kat dalam tu. Di dalam ruangan ni, ada beberapa bilik bedah lain. Ada juga pesakit yang baru lepas di bedah, tetapi masih belum sedarkan diri. Nurse kat dalam tu semua ceria pakai baju kaler pink dan biru siap apron( ye ker apron ) yang juga bewarna ceria. Seronok pula aku nengoknya. Dan time ni muncul la cerita kegemaran aku ,      
siri Grey's Anatomy.... Dalam hati... wah..seronoknya kerja di bilik bedah.. huhuhu.. Dah siap aku parking kat situ, datangla nurse yang berkaitan bersama Pakar Bius. Sesi soal selidik bermula lagi, memula pengesahan ID dan jenis pembedahan apa yang akan aku jalani. Aku jawab semua tu, kalau tetiba aku jawab aku ni org lain, mesti diorang kalut kan... hahahaha.. cewwah..ada hati nak kenakan org pulak. Pakar bius minta nak cucuk tangan aku untuk masukan water  drip dan segala jenis ubatan lain melaluinya. Aku angguk ja. Lama juga ditenung dan digosok-gosok belakang tangan aku, sebab katanya urat halus.. tapi alhamdulillah, sekali cucuk ..dah masuk cantik jer..
Lepas siap pasang apa yg patut, diorang tinggalkan aku lagi di situ.. aku dah tak sabar nak masuk bilik bedah..lagi aku tunggu..lagi berdebar dibuatnya. 
Last, diorang datang juga.. menolak katil aku menuju ke bilik bedah. Huu..dup dap dup dap.. bila pintu dibuka.. nah ..tersergam segala alatan pembedahan. Nurse pun dah ramai tunggu kat dalam.. aku diangkat ke katil pembedahan, pastu bermula lah sesi memasang alat pengesan jantung, tukar baju.dan lain-lain .Senang kerja diorang..main tarik ja..baju dah tanggal.. masa persediaan ni, hanya nurse pompuan ja ada kat dlm tu, jadi takla rasa segan sangat. Diorang menghormati pesakit dan aurat pesakit. Suhu kat dalam ni, jangan cakapla.. sejuk amat. Macam mana la semua nurse dan doktor boleh bertahan. Selepas tu..sampaila sesi nak melenakan aku.. hahaha.. pakar bius datang dan suh aku tarik nafas pepanjang . Kalau dulu, masa bersalinkan Danish.. 3 kali aku sedut gas tu, aku dah melayang..kali ni..rasanya macam 2 kali jer... entahla.. pastu..aku tidur dengan aman tanpa sebarang mimpi.
Tetiba, aku boleh rasa suasana berubah, suara emak dan anak-anak aku sedang memanggil.. Mamai kejap.. aku kat mana ni.. mengantuknya..aku cuma rasa nak tidur ja. Jadi..aku sambung tidur. Aku dimaklumkan  pada jam 4.45 ptg aku dikeluarkan dari dewan bedah.
Aku dipindahkan ke dalam bilik. Sekali sekala aku tersedar dan mendengar suara anak anak dan adik-adik aku yang datang melawat. Kemudian, aku dengar Suara Doktor Mani datang membuat lawatan, jelas aku dengar suaranya.. Hemm.. ni belum sedar betul ni.. dalam hati aku, tak la doktor..saya dah sedar..cuma mengantuk jer.. nak buka mata pun berat.
Dalam rasa mamai tu, aku masih ingat lagi, suami aku serahkan HP pada aku. Katanya banyak wsup masuk. Aku ambil telefon tu, pastu aku tenung ja ..sebab aku rasa aku tak tahu apa yg nak dibuat .. macam mana nak buka wsup. Aku serahkan kembali HP pada suami, dan aku katakan padanya..aku tak tahu nak baca wsup.. hahahahahahahaha... apepasal la aku kuarkan kenyataan camtu.... Suami aku gelak besar.. pastu aku tengok dia main wsup sambil gelak-gelak . Aku tak pasti kenapa.. aku nak tidur lagi. Masa tu, suasana dah sunyi..maknya keluarga aku dah balik. Hem..baru aku ingat ..anak-anak datang bersalam dengan aku sebelum balik. Tetapi, ingatan sama-samar betul.
 Aku terjaga dari tidur, kali ni, aku rasa betul-betul  sedar.. jam di dinding dah hampir pukul 9.00 mlm. Tempat pembedahan rasa berdenyut, tetapi takla terlalu kuat. Aku lapar.. sangat lapar.. aku nak makan. Minta dari suami aku, dia cakap doktor tak bagi aku makan lagi, sebab dalam pukul 6.00 ptg tadi aku muntah. Aha..baru aku ingat, aku muntah hijau jer. Jadi..doktor bagi aku minum sedikit air .
Huhu..laparnya... Untuk atasi rasa lapar..aku minta HP dari suami.. wah..meriahnya wsup .. tapi yang paling menarik minat aku adalah group keluarga kami adik beradik. Group yg sedang aktif berbincang.. aku pun masuk tengok... perghhh...rupanya adik adik ngn suami aku sedang gelakkan aku.. Haaaa...ni aku geram ni. Jadi , aku pun baca post dari awal.. patutla.. rupanya laki aku post gambar aku sedang blur tenung tipun masa aku masih mamai tadi. Masa tu, aku bagitau aku tak tahu nak guna wsup. Jadi laki aku pos gambar dl group dan tulis, " kakak tak reti nak baca Wsup " . Pastu bila aku dah sedar..dia post berita terkini... " Kakak dah kompom sihat, sebab dah pandai guna HP "  Patutla tadi dia gelak - gelak rupanya sedang kenakan aku.
Aku minum air suam sikit, lepastu..aku sambung tidur. Mudah sangat terlelap. Jam 12.00 tgh mlm, aku terjaga lagi.. laparrrr.. aku tengok suami aku dah tidur.. kesian pulak nak kacau, dan bestnya, aku ternampak plastik biskut Julies yg berinti kacang di atas laci sebelah katil aku. Sedapnyaaaa... aku dah tak tahan.. dan sampai pula tangan aku utk mengambilnya. Aku buka dan ambik sekeping jer biskut. Masa ni dah tak pikir boleh makan atau tak..aku lapar. Nikmatnya..walau dgn sekeping biskut dan sedikit mineral water. Aku sambung tidur kembali.
Sekitar jam 2.00 pagi aku terjaga lagi. Alahai..lambatnya hari nak siang.. aku lapor ni.. pastu..tempat pembedahan pun semakin sakit. Kesan ubat dah semakin kurang  Bila sakit dan lapar bersatu.. aku dah mula rasa tak selesa.. mata aku asyik ternampak biskut Julies tu saja. Jadi..aku ambil 1 keping biskut..dan terus ngap.. dan ambil lagi sekeping.. baru nak ngap utk biskut kedua.. ada org buka pintu.. alamak..nurse..camna dia tahu aku sedang curi makan ni. Nurse pulak buat muka terkejut.. puan.. jangan makan puan.. terus dia menuju ke katil dan ambil biskut dalam tangan aku.. Huwaaaa.... kak lapar dik oiiii... hahahaha.. aku dicekup ketika sedang mencuri makan.. Suami aku..lena tak sedar diri..dia tak tahu bini dia dah kena cekup . Nurse terus cakap.. puan tunggu kejap.. jangan makan..saya gi bancuh milo utk puan... Horeeeyyyy ... ok..akak nak dik.. lapor..sesangat dah ni. Kejap ja..nurse datang balik..dan bawa 1 mug milo panas. Aku hirup dengan penuh nikmat. Biskut tu pula.. nurse dah ambik..letak tempat lain.. hahahaha.. dia takut aku curi makan lagi. Nurse cakap.. doktor dah pesan..jangan bagi aku makan.. takut aku muntah lagi. Kalau doktor tahu aku makan, diorang yg kena marah.
Lepas minum.. tempat pembedahan semakin sakit. Masa ni..kesakitan tu, lebih kurang macam kena serangan memula haritu. Nurse masuk ambik mug milo tadi, dan aku cakap aku sangat sakit. Dia masuk semula, kalini bawa ubat tahan sakit pula. Ubat tu di masukan ke melalui water drip aku tu. Alhamdulillah.. kejap ja.. dah rasa kurang sakit.. bila perut pun dah rasa terisi.. sakit pun dah kurang.. cepat ja aku kembali terlelap.
Keesokannya jam 6.30 pagi, aku terjaga. Rasa berdenyut kembali terasa. Aku minta utk minum lagi. Rasa nak muntah masih ada..cuma tak terlalu mendesak. Aku masih boleh bertahan. Sekitar jam 9.30 pagi, doktor masuk dan melihat luka pembedahan. Doktor pesan, jangan buat kerja berat, makan makanan lembut ja.. ( yey..dah boleh makan ) , kalau tersangat sakit dan luka berdarah, cepat -cepat kembali ke hospital. Doktor bagi MC 10 hari. Jadi, aku dah boleh keluar wad pada hari tersebut. 
Disebabkan aku belum menjelaskan kos pembedahan,  ,maka  aku tak boleh keluar dari wad lagi. Pagi tu, suami aku dah oder roti dan kopi panas untuk aku sarapan.. aku pun makan dengan penuh nikmat. sebab laparrr..

Sekitar pukul 11.00 pagi camtu, ada nurse masuk  dan maklumkan pada suami aku, yang kami boleh keluar wad pada hari tersebut, kerana sistem kewangan bermasalah. Waa.. rezeki betul. Maknanya, pada hari tersebut, semua pesakit yang keluar dari KMC tidak dapat menjelaskan bayaran. Kami di arah datang keesokan harinya untuk menjelaskan bayaran. Suami aku tandatangan lagi satu borang.. perjanjian utk membayar keesokan harinya.

Alhamdulillah.. urusan kami dipermudahkan lagi. Aku pun bersiap untuk balik. Disebabkan suami  dah oder untuk makan tengah hari, maka aku pun tunggu jer oder sampai. Kemain lagi suami aku oder lauk ayam , nasi putih  dan sup sayur. Aku tak berani nak makan bebanyak.. Hanya makan untuk lapik perut ja.

 Rupanya..batu yg ada kat dalam hempedu aku...banyak sangat.. tetapi bewarna hitam. Kalau warna hitam, ianya terjadi atas faktor pemecahan darah. Tetapi kalau batu tu bewarna kuning, ianya terjadi akibat kolestrol yang tinggi . Aku tak pandai nak cerita secara detail.


Ini adalah sedikit sample yang doktor bagi aku bawa balik. Sekali tengok macam taik kopi jer. Saiz kecil kecil jer. Nampak sikit..tapi bila aku bilang sample ni.. dah ada 120 biji. Jumlah sebenar... beribu biji. Pergh..banyak sungguh..

Dah habis bedah.. aku kena berpantang sikit. Takut luka di dalam bernanah dan lambat sembuh. Luka kesan pembedahan sebanyak 3 tempat tu nampak kecil ja.. lebih kurang pjg 1 cm setiap satu. Tetapi doktor dah lekatkan pembalut luka yang gerenti tak basah kalau kena air.Jadi takda masalah untuk aku mandi.  Tempat luka tu memang tak berjahit. Dari segi makanan, untuk minggu pertama aku makan bubur dan nasi yang lembut. Takut sembelit , susah nak membuang. Bila batuk dan bersin..memang akan terasa. Bergerak banyak pun akan  terasa.Gelak pun..gelak -gelak manja ja.. Tetapi, selepas 1 minggu.. dah ok..bergerak dah tak menyakitkan sangat. Tapi kalau benyak berjalan dan mengangkat barang.. memang akan terasa sakit yang lebih kuat. 

Aku panggil ikan ni ikan Tengkerong. Sekali tengok macam ikan gelama,, tetapi bukan gelama. Ikan gelama badannya lebih lebar dan gemuk. Ikan tengkerong pula, badannya lebih panjang dan kurus. Isinya bewarna putih. jadi ianya tak akan membuat luka menjadi gatal dan bernanah. Semasa aku berpantang bersalin pun.. ikan inilah yang aku hadap. 
Dari segi sayur, aku ok ja. Cuma aku tak makan yang berangin dan masakan pedas pun aku elakkan.

Tentang Insuran..
Selepas keluar dari wad, suami aku serahkan semua resit kepada ajen. Selepas tu, semua urusan ajen aku yang lakukan. Kami hanya tunggu keputusan ja. 
Alhamdulillah  14. FEB . 2017 aku dapat cek yang pertama berjumlah RM 4000.00 dari pihak Insuran. Ini adalah bayaran pendahuluan yang kami buat. 1 minggu kemudian, aku dapat call dari ajen , mengatakan cek  RM7,800.00 telah ada di tangannya. Jadi dia akan terus bank in kat aku.
Alhamdulillah.. selepas segala siasatan dan melihat hasil pembedahan aku. pihak insuran bersetuju untuk membayar kos keseluruhan berjumlah RM 11,800.00 

Syukur, dan terima kasih buat ajen aku. Walaupun dia di KL, tetapi segala urusan dan masalah yang terjadi, dia tetap ada bersama. Sentiasa menghubungi aku dan memberi langkah yang harus aku lakukan. Jadi disini bertapa pentingnya korang mencari ajen yang buat kerja. Bukan ajen yang memula ja bermulut manis, lepastu bila ada masalah..memacam alasan di beri. Aku pernah melanggan insuran lain sebelum ni.. selepas beberapa kali aku susah nak berurusan, aku nekad untuk keluar dari insuran tersebut dan masuk insuran yang aku sedang pegangang sekarang ni.
Nasibla dah setahun lebih baru aku diserang penyakt ni. kalau tak..mau gigit jari juga.

Kepada korang yang belum ada insuran, aku syorkan carilah yg sesuai. Kalau rasa mahal, cari insuran yg cover hanya utk medical card sahaja. Korang tak perlu ambil untuk Elaun Harian, Elaun Makan, elaun hospital , saving dan lain-lain lagi yang membuatkan kos nya semakin besar. Yang penting ada Medical Card ..penting kalau tetiba kena masuk wad atau kena pembedahan segera. Bila dah ada rezeki lebih..boleh add keperluan lain. Kaji Polisi betul-betul dan fahami polisi tersebut. Kalau tak.. bila tetiba nak guna, baru korang perasan, ada penyakit yg tak di cover atau korang kena bayar dahulu dan lain-lain masalah.

Sekian saja perkongsian cerita yang telah aku alami. Ni aku dah skip banyak tempat ..kalau tak..kut ada yg pening nak membaca.. Alhamdulillah.. sekarang dah 4 bulan pembedahan.. aku sihat dan rasa sakit dah tiada. Aku kena kurangkan makan makanan berminyak dan berlemak. Buat doktor yg bedah aku dan yg terlibat dengan pembedahan tersebut... terima kasih banyak-banyak.... dan pesanan Doktor Mani yang membuatkan aku tergelak besar adalah
 " Saya haramkan awak makan nasi lemak atau nasi KANDAR !! kalau makan juga.. masa nak suap nasi tu.. Awak akan nampak muka Saya !! "  Hahahaha...aku ngn suami tergelak besar dengar ayat ni. Doktor benar-benar seriuse. Dia cakap..orang Malaysia ni sakit kerana makan..bukan sebab tak boleh makan.. Adeh.. ok doktor..saya ingat pesan tu sampai bila-bila.. 

Alhamdulillah..


Untuk Kisah Part  1 ..Klik sini

Nufnang