Tuesday, November 21, 2017

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA

Jom kita menjelajah Putrajaya pula. Bersambung dari selepas check in di The Everly . Malam pertama di Putrajaya, kami ke Alamanda sahaja. Tak larat nak meronda lagi. Driver perlukan tenaga tambahan dulu. Jadi, masuk alamanda, shoping mineral water utk stok 2 hari, makanan ringan dan cari tempat makan. Puas mencari akhirnya T.G.I Fridays menjadi pilihan.. 

Hari ke 2..

Awal pagi .. Danish dan Firas dah rasmikan kolam mandi. Sejuk anak -anak oi.. 
Lepas puas diorang berendam, kami memulakan sesi menjelajah Putrajaya. Sebenarnya pada tahun 2002 - 2003 aku adalah sebahagian penduduk Putrajaya. Penempatan pertama aku adalah di Wisma Cycelcary..dekat sangat dengan SOGO. Tapi..hanya beberapa minggu ja di sana, jabatan kami di bawah Kementerian Kewangan mula berpindah ke Putrajaya. Nikmat menjadi antara yang terawal tinggal dan bekerja di Putrajaya sukar di ceritakan. Pengangkutan masa tu hanya ada bas Nadi Putra. Naik bas terpaksa berhimpit dengan mat bangla yang amat ramai pada masa tu. Sebab diorang yang menjadi buruh pembinaan di Putrajaya. Bila balik kerja petang, jangan cakapla..bau dalam bas..macam-macam.. dan kalau aku terlewat keluar dari pejabat... bye bye la jawabnya. Dah kena tinggal dengan bas. Pandai-pandaila cari sesapa nak tumpang. Tak lama lepas tu, rakan sepejabat aku..yg juga merangkap rakan serumah dah bawa motor . Jadi kami dua orang mula merempit dalam Putrajaya. Zaman ni naik motor di Putrajaya, memang best.. kereta belum banyak, jalan baru , jambatan baru..jadi ada laluan yg kereta belum boleh lalu, kami berdua dah rasmi dulu.. kekeke.. Sesat dalam Putrajaya ...zaman tu, biasala..sebab papan tanda belum banyak, dan masih banyak jalan mati.. hahahaha.. semua kami redah.  Aku menyewa di Flat Hijau ( nama gelaran yg kami bagi ,sebab flat tu warna hijau ). Flat ni bersebelahan dengan Stesen ERL. Pada tahun 2002 , kalau aku nak keluar dari putrajaya aku boleh tunggu bas di depan JPA atau naik KLIA Transit. Pada tahun 2002 , tak banyak kementerian lagi yang beroperasi . Antara yang aku ingat telah beroperasi di sini ialah JPA, Wisma Putra dan Kementerian Kewangan itu pun belum semua pejabat dibawah setiap kementerian berpindah sepenuhnya. Pokok getah dan pokok kelapa sawit, masih banyak lagi.. kedai makan di Percint 9 tu pun belum  beroperasi. Nak cari kedai runcit..alahai..susah bebenor. Tapi.. sekarang.. 2017 , semua dah berubah. Semasa meronda dgn anak anak, aku sempat bercerita suasana dahulu di Putrajaya. Alhamdulillah kali ni, diorang dapat tengok tempat paling penting di Malaysia dan melihat kenangan Ibu mereka di sini suatu ketika dahulu.. Ceewaah.. jiwang pulak.. dah.. banyak pulak cerita silam.. Jom kita ronda..


TAMAN BOTANI PUTRAJAYA

Penyambut tamu yang comel setia menunggu. Pengunjung di kala ni.. hanya kami berlima sahaja.. tula.. org sibuk bekerja dan sibuk ke sekolah.. kami boleh sesat di sini.. Tapi.. best.. bila hanya kami sahaja di sini..taman botani yang luas ni.. kami yg punya.. 

Nak menjelajah Taman Botani.. ada banyak pilihan.. pilihan pertama, Naik basikal.. kayuh sendiri... kedua.. naik Tram.. ada driver..kena tunggu masa yang ditetapkan, ke tiga.. korang boleh jalan kaki.. atau berlari-lari.. pilihan terakhir adalah percuma. kalau basikal ngn Tram..kena caj sewa.. Kami pilih basikal.. sebab nak lebih bebas dan lebih meneroka.. cewwah.. 

Inilah Tram oren tu...


Kami.. Pilih nak mengeluarkan peluh.. pergh..memang berpeluh dibuatnya. Taman Botani dah la luas....lepastu..berbukit-bukit.. masa nak naik bukit.. puas tekan gear.. masa turun bukit...waaa... bebasnya rasa.. macam kembali ke zaman muda remaja dulu.. jadi..sempatla aku berangan cam cerita korea tu kan.. kayuh beskal dengan pakwe... hahahahaha... anak-anak..kayuh kat depan ngn mak sedara diorang..
Pemandangan dari Taman Botani.. 




Titian Kanopi sepanjang 170 Meter. 



Masih lagi di dalam Taman Botani.. jam matahari.. Jam ni berada jauh di atas bukit.. Sun Garden. kalau naik beskal..memang kena tolak la jawabnya.. tak terdaya nak mengayuh... 


ASTAKA MOROCCO

Satu lagi tarikan di dalam Taman Botani. Tiba -tiba ja aku sampai ke Morocco... hahaha... verangan !
Senibina Morocco.. ukiran.. yang sangat teliti. Bagi pengemar seni ukiran.. baik singgah kejap kat sini. Dari dinding..sampai ke siling..semuanya ukiran.

Ni bahagian dinding luar bangunan Astaka Morocco.

DATARAN PUTRA PUTRAJAYA
Kalau dah sampai Putrajaya.. tapi tak sampai tang ni.. tak sah la.. 
Dari sini aku merenung Bangunan Kementerian Kewangan.. Dulu.. hanya sebuah bangunan tu sahaja di situ.. sekarang..dah dikelilingi bangunan lain.. 14 tahun yang amat berbeza.. Alhamdulillah.. aku masih sempat melihat perbezaannya..

Pejabat Perdana Menteri.. 

Masjid Putra..
Semasa kami sampai sini..ramai pelancong dari China.. Tiba -tiba rasa macam pi melancong ke china pulak.. ah.. lagi Verangan !


AYER 8 PUTRAJAYA

Malam ke 2  di Putrajaya.. Adik aku yg study di UPM sarankan kami ke sini. Kami keluar awal.. sebelum Maghrib..kami dah bergerak dari hotel. Perut semua 5 orang dah menyanyikan lagu keroncong. Alhamdulillah.. ada kemudahan untuk musafirkan.. bolehla menikmati senja di Putrajaya. 

Masa sampai sini.. sedang berkumandang Azan Maghrib. Syahdunya rasa..melihat suasana dan merasai ketenangan di jiwa. Apabila suasana semakin gelap..cahaya lampu-lampu yang dipantulkan oleh air semakin menambahkan seri di sekitarnya. 

Selepas menikmati makan malam, kami naik beca berlampu ni pulak. Kayuh sendiri yer.. Tapi memang best sungguh. Kayuh ramai-ramai.. bila nak buat u turn... kena turunkan kaki..dan tolak dengan kaki.. rasa macam dah jadi cerita flintstones  pulak.  wakakaka...
Jom..naik ramai-ramai.. save minyak ni.. 100 % tanpa minyak.. tak mencemarkan udara.. cuma bayar caj sewa jer.. 

Ha.. yang ni.. tak guna kaki.. tapi ada enjin kecil untuk gerakkannya. Seriuse..comel sesangat . Siap terbayang -bayang macam cerita dongeng fames tu kan.. Cinderella..

IOI PUTRAJAYA

Ok.. pertama kali masuk sini.. kami boleh lupa... paking kereta di sebelah mana.. kekeke..
Tujuan datang ke IOI Mall ni sekadar nak cuci mata dan mencari tempat untuk makan. Sebelum tu, kami dah search on line.. apa yg menarik di IOI Mall ni. Ada  Distric 21 .. tempat untuk aktiviti indoor yg kategori lasak sikit la. Pusat hiburan bertemakan kekeluargaan. Icescape .. anak anak aku tak pernah tengok.. jadi.. diorang kagum.. macam mana lantai ais tu tak cair.. dan ada la seorang remaja ngn coach sedang traning . Jadi..kami sempat cuci mata kejap.. Kat dalam ni.. pergh...macam syurga makanan. Korang nak makan makanan barat, timur, selatan, utara.. semua ada.. yang penting bawa duit jer.. Untuk shoping pun.. sesangat banyak.. pendek kata.. dulu Alamanda yg menjadi igauan , sekarang igauan telah berubah kepada IOI Mall.

Kami tak pergi ke Wetland, kerana anak anak aku membayangkan suasananya pasti hampir sama macam Taman Botani.


 Hari ke 3 

Hari ke 3 di Putrajaya iaitu hari Selasa, aku menuju ke Kementerian Kewangan. Jarak antara Hotel The Everly dengan Kementerian Kewangan tak jauh mana pun. Kalau tak sangkut dalam jem.. tak sampai 5 minit pun..korang dah berada di hadapan pintu masuk Kem. Kewangan.

Jadi, lepas suami aku menghantar aku ke Kem. Kewangan, anak -anak kembali menjalankan operasi berendam di dalam kolam. Hemmm... memang diorangla yang paling gembira dalam perjalanan ni.
Majlis aku berakhir sekitar jam 11.30 tgh hari. 

TAMAN WARISAN PERTANIAN

Selepas check-out dari THE EVERLY kami menuju ke Taman Warisan Pertanian, tujuan utama adalah mencari makan. Alhamdulillah, bila sampai sini.. orang belum ramai.. makanan ada banyak pilihan dan suasana pun best. Jadi kalau korang ke Putrajaya dan mencari makanan dengan kadar harga yang berpatutan, tetapi sedap dan selesa.. carilah Taman Warisan di Percint 16. Sekitar pukul 1 tengah hari.. orang semakin ramai, rupanya geng ofice dah mula keluar rehat. Jadi..kalau korang tak suka ramai-ramai.. datanglah bukan pada waktu rehat pejabat.

Lepas siap makan, kami pun mula bergerak untuk pulang ke Perlis. Percutian  + Tanggungjawab di Putrajaya telah berakhir. Aku ingat lepas ke Putrajaya, dah tiada panggilan untuk kursus atau apa apa taklimat lagi. Rupa -rupanya..sangkaan aku meleset.. aku di arahkan ke Taiping pula 2 minggu kemudian. Arghh.. banyak la pula tahun ni.. 
Jadi..nanti bersambung di Taiping pula..
Sekian.



No comments:

Nufnang