Friday, January 15, 2016

WONDERFOOD PULAU PINANG

Kembali bersiaran , jom kali ni aku nak bawa korang menjelajah ke Wonderfood Pulau Pinang pula. Wonderfood ni terletak di Lebuh Pasar George Town.Bangunan kedai dua tingkat diubah suai untuk dijadikan muzim makanan . Berdasarkan pekerja yg aku jumpa haritu, diorang mengatakan makanan ni semua dibuat dari silikon. Tetapi ..aku cakap kat korang, memang nampak macam makanan sebenar. Mata boleh menipu kalau takat sekali pandang. Sangat - sangat original seperti makanan sebenar. Nasib takda bau ja..


Motif ambik gambaq kat tiang ni ? Sebab nak tunjuk yang bangunan ni dekat sangat dengan Little India. 

Kaunter Tiket. 
Pekerja kat sini semua berbaju hitam dan diorang semua ramah. Murah dengan senyuman, dan sentiasa akan mengoferkan diri untuk tolong ambilkan gambar untuk pengunjung.Diorang dengar anak aku minta air, terus diajaknya kami keluar dari bilik pameran dan di berikan mineral water, lepastu iring kami masuk semula. Layanan tip top.

Meh.. makan..tak baik membazir.
Semua jenis makanan untuk semua kaum di malaysia ada di sini.
Makanan korea ngn jepun pun ada..

Mangkuk ni besar ..kalau yg pendek cam aku...bleh masuk bersila kat dalam mangkuk ni.
Tak caya bleh test..tapi kalau kena cekup..bukan salah aku key.

Gempa bumi.. habis makanan terlompat. Ayam pun nak lari dari pinggan dah.
Sangat kreatif.

Ni nasi lemak saiz pinggan gergasi. Makan 4  beranak pun belum tentu habis. Kalau saiz paha ayam sebesar tu..aku tak dapat bayangkan macam mana manusia nak cekup ayam tu untuk di sembelih. Sesilap ayam tu yg ngap orang dulu.

Manusia mana yang tinggal makanan busuk kat sini?



Ni roti canai spesel. Makan tak habis-habis.



 Miniatur pun banyak . Aku kagum tengok diorang buat, amat detail.
Kebanyakan miniatur kat sini menggambarkan gerai setiap kaum di malaysia dari zaman 70an lagi. Rasa macam tengok cita P. Ramli pula, yang jual satay dari rumah ke rumah tu.

 Laksa Penang. Kuah tu...pergh...real macma isi ikan.

Tengok donat ni.. aku rasa lapaq.
Kat tingkat atas muzium ni disediakan sebuah bilik yang menunjukkan jenis-jenis makanan termahal di dunia. Macam tak caya aku nengok harganya.Makanan yang bersalut emas dan jenis-jenis makanan yang susah nak dapat. Jadi..kalau korang dah ke Penang, aku syorkan korang try masuk.Tapi kalau kena ramai orang..memang susah la nak posing.
Ok , sekian laporan dari Wonderfood Pulau Pinang.





2 comments:

Ora Adzlin said...

wah best2 !! brapa RM ye entrance?

mela said...

ora adzlin...untuk dewasa RM 15.00 kekanak RM 10.00 ..masuk time org tak ramai..baru best nak posing dengan semua makanan kat situ..

Nufnang